Sunday 24 March 2013

5 MAKANAN BAKAR LEMAK WAKTU TIDUR

assalamualaikum..

kalau musim-musim banyak assignment,mesti korg suka makan snek pada waktu malam kan..? tapi snek tu pasti kan rendah kalori tau..jangan bedal makanan yg kalori tinggi plak..susah nk bakar nnt.. hehe.. disini ,MB ingin kongsikan ade 5 makanan yang BOLEH bakar lemak korg waktu malam.. 

BOLEH

  • AIR MINERAL --- sebelum kita makan ape2 jenis snek,eloklah kita minum dulu air..segelas o dua gelas pun ok...pas minum tu,agak2 10 minit tu boleh la start amik snek2 ringan...
  • SUSU ----kalau korg nak nk minum susu,pilih la yg rendah lemak k..minum susu ni bagus,dapat meningkatkan kesihatan tulang.. lagi satu, susu ni mengandungi Triptofan dan asid amino,fungsi dia adalah untuk membantu kita untuk tidur lebih nyenyak.. 
  • KEKACANG --- kekacang ni kaya dgn antioksidan dan dapat mengawal gula darah n meningkatkan serotonin dalam badan.. dan kekacang ni bila kita makan kita akan rasa kenyang lebih lama....
  • POPCORN --- popcorn ni merupakan sumber karbohidrat kompleks yg rendah kalori
  • GANDUM --- baik untuk penghadaman... fungsi dia lebih kurang sama dgn susu..
  kalau ade BOLEH, mesti la ade TIDAK BOLEH kannn..... ade 9 makanan yg x boleh kita amik malam2....

TIDAK BOLEH

  • KOPI --- kafein dalam kopi ni bukan setakat x leh buat kita tidur, tetapi dia akan membuat anda kerap nk buang air kecil....so,jgn minum ye...
  • COKLAT --- mkn coklat akan buat kandungan gula cepat naik dan gula darah turun sehingga menimbulkan rasa lapar...
  • KEJU --- makan cheese mlm2 ni boleh buat perut rasa x selesa. selain itu,keju/cheese makanan yg tinggi kalori,lemak dan potensi untuk korg gemuk tu tinggi....
  • MAKANAN PEDAS --- kalau makan makanan yg pedas sebelum tidur,boleh mengakibatkan heartburn tauuu... pastu buat kita susah nak tidur malam....
  • KEK,AISKRIM,DAN BISKUT --- kalau boleh elakkan lah mknan ini kerana ia akan menaikkan gula darah dan menambahkan tenaga... 
  • BURGER --- korang mesti tahu kan sebab ape.... sebab burger ni tinggi kalori..pastu lemak2 tu kumpul kan perut nnt.. so,carilah makanan lain ye...
  • BIJI-BIJIAN --- biji-bijian ni bagus sebenarnya,yelah bnyk khasiat la katakan..tp makanan mcm ni boleh buat perut korang x selesa...kalau korg nk mkn jgk,mkn lah time siang2 hari...
  • SODA --- boleh mengakibatkan masalah kesihatan such as diabetes n jantung
  • KENTANG GORENG --- kalau korg sayangkan badan korg,maka kurang2kan lah mkn fries ni.. sebab fries akan meningkatkan kolestrol dan kegemukkan...sebab minyak n lemak dia,kumpul kat perut korh..ish3... so,jgn amalkan ye... 
so,amcm?? cuba rewind balik,ape yg korg mkn tdi... agak2 "BOLEH" o "TIDAK BOLEH" ???

sumber: majalah rapi.

Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers