Saturday 20 August 2011

Fakta Menarik tentang MANUSIA

assalamualaikum dan salam sejahtera..

nak tahu fakta diri Manusia ?? iaitu kita ni ?? jom baca.!


  1. Manusia yang pertama dijangkiti HIV ialah pada tahun 1930an.
  2. Wanita mengelipkan mata dua kali lebih berbanding lelaki.
  3. Manusia yang bijak dan intelligent mempunyai lebih molekul zink dan kuprum di dalam rambut mereka. 
  4. Otot yang paling kuat pada seorang manusia ialah lidahnya. *patutla diorg suke wat aksi tarik kenderaan berat guna lidah .. hmm..*
  5. Tubuh kita menghasilkan dan membunuh 15 million sel darah merah dalam sesaat! *tuu diiaa..banyak nyee..! *
  6. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 gallon air liur sepanjang hayatnya.
  7. Ada seorang bayi lahir dalam setiap 7 saat. 
  8. Anda akan dapat mengesan seekor skunk (yg bau busuk tu) dengan hanya menghidu 0.000000000000071 ounce dari bau nya. 
  9. Kita bernafas lebih kurang 10 million kali setahun.
  10. Semakin sejuk suhu bilik tidur anda, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk mendapat mimpi ngeri/ buruk. *maka,tidur la bila suhu warm.. x de mimpi buruk..hehe..*
  11. Cuba teka dalam 5 jari kita.. yang mana kukunya lebih cepat panjang/tumbuh? Jawapannya jari hantu / tengah. : *cube korg wat xperiment,betul x?? *
  12. Jari yang paling sensitif ialah jari telunjuk.  * cube try , sensitif x ? hehe *
  13. Nisbah berat otak dan berat badan manusia ialah 1/40 kilogram.
  14. Selepas makan terlalu banyak, pendengaran anda akan kurang daripada normal
  15. Rambut wanita mempunyai diameter 1/2 dari diameter rambut lelaki. *rajinnye orang yg wat kajian ni..*
  16. Tulang yang paling kuat pada tubuh seorang manusia ialah tulang dagunya. *ooOoo..*


p/s : sumber

Thursday 18 August 2011

Jom join bloglist birumuda91

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pagi yg indah ni MB nak join segmen BM kte ni.. segmen 1st dia.. jom kte ramai2 join segmen dia..!!

Nak join? klik banner atau Klik Sini 

jom2 kita ramai2 join.!! 

Wednesday 17 August 2011

Tanda-tanda wanita tak suka anda

Kadang2 bila kapel ni x semua berakhir dengan happy ending kan.. tapi sume nak happy ending kan??? .. kadang2 salah pompuan kadang2 salah laki.. kali ni MB nak share tanda2 if gurl tu da x suke ngan boys da..

Berpura-pura masih cinta
dia nak break up ngan awak tp dia tahu awak still sayang dia,so dia pun teruskan lah perhubungan tu.. kadang2 dia akan wat awak sakit hati kat dia .. tuk break..

Dia keluar dengan lelaki lain
ni selalu la kot terjadi kat korangkan?? contohnye , dia kononnye ajak awak keluar . saje nak jumpe . so,bila awak pergi kat tempat tu ,awak nmpak dia ngan laki lain. mesti time tu awak sakit hati giler2 n hancur berderai kan??

Tidak mahu mengaku 'in a relationship '
kadang2 bila kapel kuar sesama kan, mesti ade terserempak ngan kawan2,so,bila kawan2 tanye 'ni ke pakwe kmu? ' dia tidak akan mengaku . sedangkan awak je yg mengaku . hmm...

Mengkritik secara terbuka
orang kata bila hati da x suka , kentut pun da bau busuk balik. eh.? hehe .. kadang2 dia akan kritik awak teruk2. awak pun makan hati .. so,jgn biar dia perkecilkan awak tau.. sila la cari awek lain..

Tidak bersuara langsung
kadang2 awak sembang2 kan, dia cakap sepatah 2 kata je. dia da x berminat da nak dgr o comment . so tu menunjuk kan protes ..

Terlalu emosi
kalau dia  sampai menangis tuk memutuskan hubungan tu tandanye dia memang2 x nak da dekat awak.. baik awak lepaskan je la..

Tidak mengangkat telefon
dia lebih suka menyendiri dan x mahu angkat telefon . tu pun satu protes jugak tu.. paham2 je la awak..

Minta lelaki lain belanja
cuba awak bayangkan , dia minta lelaki lain belanja sedangkan awak ade kat tempat tu .. dia memang saje nak sakit kan hati awak..

p/s : dia = gurl     awak = boys        korang = pembaca MB 
terima kasih membaca..! =]

Sunday 14 August 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Badminton Single Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

     

Agak sengit perlawanan badminton kali ini.. sampai x bernafas MB nengok nye.. hehe ..* kasi kencang ckit* mesti korang x sabar kan nak tahu result dia?? hehe..

MAS : | 22  | 14  |  21 |
CHN : | 20  |  21 |  23 |

Pemenang : Lin Dan

p/s : pemainan memang sengit.!! pape pun chong wei tetap no 1 in Malaysia..!




Wednesday 10 August 2011

pantun raya n puasa..!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..

mlm ni ok ckit dari semalam.. budak2 x bising sangat kat masjid tu.. myb diorg baca kot entry MB semalam.. hehe..

ok,mlm ni MB nak buat entri pantun raya/puasa..hehe..suka x?? *suka laaa* hehe.. pantun2 ni ade yg MB salin balik dari nset MB dan ade jugak MB search kat tenet.. meh kita berpantun.! ade jgk yg bukan pantun.. hehe *belasah je lah..* ;)

pantun puasa :  

Sempena Ramdhan ini sentiasalah setting niat,
upgrade iman, download sabar, 
update doa dan topup ilmu
supaya dapat redeem pahala banyak2..!
selamat berpuasa.!

Sekotak mancis secawan madu,
selaut kasih seluas rindu,
salam manis penuh syahdu,
salam ramadhanku ucapkan padamu.
selamat berpuasa.! 

pantun raya :

 Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Alangkah seronok rasa di dada,
hari raya sudah menjelma,
ampun maaf saya pinta,
jikalau ada terkasar laku dan bahasa.
Selamat hari raya,maaf zahir dan batin.

1 syawal menjelang tiba ,
takbir bergema menggegar jiwa,
sekiranya ada salah & dosa,
ampun di pinta di hari mulia.
selamat hari raya..


entri kali ni agak advanced.. baru 10 hari pose da buat entri pantun raya. *ade aku kisah* hehe.. suke hati MB laaa.. hehe.. selamat membaca.!! :)

Tuesday 9 August 2011

10 kartun favourite .!

assalamualaikum dan salam sejatera.. 

kalau korang nak tahu, MB ni minat dgn cartoon2 nih.. walaupun umo semakin meningkat tp MB tetap suka.. hehe. sampai mak MB pun ckp 'kmu ni da tua2 bangka pun tgk kartun lagi? ish3.." hehe.. ye la,setiap hari sabtu n ahad mesti tgk kartun waktu pagi kt tb 3.. hehe.. oleh kerana MB minat tgk kartun,MB nak list 10 kartun yg MB paling minat.. hehe mana tahu favourite korang pun ade dalam list MB..hehe..

10. Sailormoon


hehe.. ni zaman muda2 dulu MB minat giler kat kartun ni.. maklumlah,pompuan..hehe..MB minat cite ni sampai MB beli la CD dia.. haha.! hebat x??

9. Prince of Tennis


hah.! mesti korang pun minat cite kan,kan?? hehe.. kalau x silap cite nih kat ntv7 dulu.. cite ni best!! suke tgk ryoma echizen main tennis,kalah rafael nadal n roger federer tau.! betapa hebat nye ryoma ni..hehe..ketaksuban MB terhadap cite ni,sampai MB print gmbr dia n tempek kt fail.! haha..*lawak tol*

8. Kampung Boy


kampung boy.! femes kot dulu..tipu la kalau korang x penah tgk cite dia o komik dia.. best.!

7. Ninja Boy


hah.! ni pun mesti korang penah tgk kan..telatah 3 sekawan ni..ade yg gila duit , ada yg gila makan , ada yg baik. hehe.. sekarang pun kartun still dimainkan kt astro ceria same dengan kampung boy..

6. Upin dan Ipin


hah.! yg ni kartun terbaru.. ramai budak2 yg suka kat kartun ni.. MB pun suka gak..*sebab tu ade dalam list MB* hehe oleh kerana cite ni femes, MB ade batal peluk pendek yg bergambarkan upin n ipin serta botol air dia.. hehe.. *korang ade??!*

5. Crayon Shin Chan


cite ni femes dgn kegatalan shin chan terhadap pompuan.! haha.! beselah bapak dia pun gatal gak..sekarang ni pun still dimainkan di ntv7.. korang mesti suka kan..??

4. Doraemon


cite ni mmg MB suka.. siap ade komik dia lagi..hehe.

3. Totally Spies


ni memang feveret.! kalau kartun yg jadi spy2 tuk memang MB suka.! watak yg MB suka kat TS ni,watak sam.! sebab dia bijak..! hehe..

2. Cardcaptor Sakura


waktu dulu2 cite ni memang feveret..kawan MB pun minat cite ni.. ! MB suka cite ni sebab comel,ade haiwan kecik yg kuat makan..! pastu of course ade part cinta.! haha.!! *tu memang suke*

1.  Detective Conan


ok.! ni paling feveret3 MB.! sampai sekarang MB still tgk kartun ni.. cite dia best.! n conan ni cute.! haha..!!

hehe.! amacam ada x kartun feveret korang ade kat list MB?? kalau ade,makna nye minat kita sama..hehe..!

p/s : entri agak panjang.. =]

Friday 5 August 2011

Fakta menarik tentang haiwan

assalamualaikum dan salam sejahtera..

sebelum MB nak menutup mata *tido* ,MB nak share some facts yg MB baca kat tenet.. *as usual* hehe.. ni kali kedua dalam sehari MB updated blog..*rajin jgk MB nih* hehe. so,korang baca ya.. untuk saje2 o ilmu tambahan.. hehe.. entri kali nih,seperti tajuk di atas ya.. hehe..sila2 lah baca.. =]

  • Penyu tak mempunyai gigi. *korg pasan x dia x de gigi??*
  • Penyu laut menyerap garam dari air laut di tempat di mana mereka hidup. Mereka mengeluarkan lebihan garam melalui mata, sebab tu selalu nampak macam mereka menangis
  • Polar bear (Beruang Kutub) dan katak ialah haiwan kidal. *patut la diorg suke makan guna tngan kiri..kidal rupenye..*
  • Semut tidak tidur. *patutla rajin bekerja..hehe*
  • Lipas boleh mengesan pergerakan sesuatu biarpun sekecil 2000 kali diameter atom hidrogen.
  • Burung pungguk ialah satu-satunya haiwan yang boleh tengok warna biru.*warna biru je??*
  • Kedudukan mata keldai membolehkannya melihat keempat2 kakinya tanpa perlu menoleh kepala. *wow!hebatt!!*
  • Tikus mondok boleh menggali terowong sepanjang 300 kaki dalam masa 1 malam sahaja.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yg dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

banyak lagi sebenarnye..tp mata ni da berat.. so,sampai disini saja la ye.. terima kasih kerana sudi membaca..=]

14 khasiat air kelapa.!

assalamualaikum dan salam sejatera..

gambar hiasan

air kelapa.! *air favourite* hehe.. MB dgr, air kelapa ni bnyk khasiatnye.. so,MB pun search kat tenet.. dan akhirnye, jumpe jgk khasiat2 nye.. korang nak tahu?? =]

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


tapi,korang jangan minum air kelapa time korg makan ubat.. sebab nanti dia akan meneutral kan ubat tu.. ibarat korang x mkn ubat la.. hehe

p/s : bnyk khasiat nye kan.. so,jom kita serbu bazaar ptg nih.. beli air kelapa.! *kaya tokeh air kelapa*

Thursday 4 August 2011

4 sebab kenapa kena kurangkan minum soft drinks.!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

*gmbr hiasan*

korang rasa dahaga x tgk air tin kat gambar atas nih??? kalau korg rasa tergugat iman tu,jgn tgk da gmbr tu ye,tgk tulisan MB ni.. hehe*blh mengurangkan rasa dahaga..haha*. tdi MB baca some fakta2 kat tenet.. so ade satu topik ni berkaitan dgn minuman bergas.. korang nak tahu?? jom baca.!

(1) Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
(2) Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.
(3) Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.
(4) Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.

so,korg kurang2 kan lah minuman bergas ye.. tuk kesihatan korang jgk.. =]
p/s : patutlah mak MB x suka anak2 dia minum air gas2 nih.. *baru tahu*

Wednesday 3 August 2011

5 video cute.!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni MB nak share ngan korg some videos yg lucu n comel. *lucu ke? comel ke?* mcm bese,video2 nih MB cari kat youtube.. hehe ..korang tgk la ye.. *kalau da tgk,sila tgk lagi*. :D

1. Anak Panda Bersin

comel part dia terkejut. 

2. diganggu tidur


3.kucing love boxing


4. kucing malas

*malas terokk*

5. Kucing mengendap





amacam? comel x diorg punye aksi?? cute kan.. hehe.. kalau korg nak tgk lagi,sila2 la search kat youtube.. 
terima kasih sebab menonton..! =]

Monday 1 August 2011

Fakta Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

comel kan..

korang tahu x fakta tidur?? jom baca.. =]

  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

Followers yg ke-100

Assalamualaikum dan salam sejahtera..!


followers MB yg ke-100 : http://mariebellenovy.blogspot.com/
Thanks ya.! jom usha blog dia..!

p/s : tggu yg ke 200 pulak.. ;)

Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers