Monday 6 May 2013

7 Cara Tingkatkan METABOLISME

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para pembaca... :)

METABOLISME.

Apa Itu METABOLISME?
metabolisme ni didefinisikan sebagai kadar pembakaran kalori dalam badan. Metabolisme ni adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan semua reaksi kimia yang terlibat dalam mempertahankan keadaan hidup sel-sel dan organisme.

untuk pengetahuan korang, setiap orang berbeza kadar metabolisme nya walaupun corak pemakanan korang ni sama dengan orang lain.

Mengapa Metabolisme Menurun?
salah satu punca nya adalah pengaruh usia.Tahukah anda bahawa kadar metabolisme akan menurun 5% dalam tempoh 10tahun selepas usia seseorang tu memcecah 40-an? walaupun kita boleh bakar kalori dengan cepat,tapi ia tidak sepantas masa kita muda mudi dulu.

selain itu faktor jantina pun turut mempengaruhi kadar metabolisme ni. wanita membakar kalori lebih perlahan daripada lelaki. lelaki memiliki metabolisme yang tinggi berbanding wanita kerana mereka memiliki tisu otot yang lebih.

terdapat bnyk faktor lain.. tapi Cik MB letak dua je lah.. hihi

Strategi Untuk Tingkatkan METABOLISME

  • TIDUR TERATUR : diklasifikasikan sebagai tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari... 
  • WAKTU SARAPAN : ambilkan makanan bersumberkan karbohidrat kerana ia perlukan masa yang panjang untuk dicerna dan membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh masa yang lama.
  • PENGAMBILAN PROTEIN : badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadam protein berbanding lemak atau karbohidrat.
  • BANYAKKAN MINUM AIR MASAK : hendaklah meminum air masak sebelum makan atau pun memakan buah-buahan yang tinggi kandungan air. kerana badan kita memerlukan air untuk memproses kalori.
  • ELAK STRESS : stress akan meningkatkan jumlah kortisol dalam tubuh. Kortisol tu adalah sejenis hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai penyediaan sekirannya berada dalam situasi bertekanan tinggi.
  • BERJEMUR :  berada dikawasan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti kita tidur. pastikan korang berada di bawah sinaran matahari yang sihat sekitar jam 9-11 pagi.
  • SENAMAN : senaman dengan pemberat adalah yang terbaik untuk meningkatkan kadar metabolisme. bersenam aerobik atau berjoging pula tidak membina otot tetapi hanya mampu meningkatkan kadar metabolisme badan selepas kita melakukannya. 
sumber: Majalah Rapi



Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers