Tuesday 21 October 2014

Review : Momento Cafe

Assalamualaikum.

view momento cafe.

untuk sesape yang tak penah datang  momento cafe, momento cafe ni terletak di Setia Alam. sebelah Balai Polis Setia. untuk dekorasi cafe ni, cafe ni suasana dia menarik, boleh lepak-lepak, borak-borak dengan kawan-kawan. Oh, By the way, cafe ni ade surau tau. so kalau korang pas keje nk terus singgah makan, pastu takut terlepas waktu solat ke, dont worry, sebab cafe ni provide surau, cuma x pasti surau ni asing/ sekali kan lelaki perempuan. hehe. Selain itu, cafe ni ade sedia kan games tuk korang kalau korang bosan ke ape ke kan, ade chess, puzzle n mcm2 lagi.

Steak Pasta : RM22

The taste of Steak Pasta was delicious. Steak dia lembut, Black Papper Sauce yang secukup rasa. Pasta dia rasa dia mcm oglio oglio tu. Sedap. Just Nice.

Chicken Bolognese : RM10.90

Pasta yang lembut, serta kuah yang secukup rasa.

Pepperoni Piza : Rm10.90

Pizza ni sebenarnya kecil sahaja, and dia thin crust. Kalau nak mkn sorang pun boleh, nak makan berdua pun boleh, kalau ramai-ramai, x galakkan order satu. Dia ada banyak topping, and MB telah memilih Papperoni, and the taste sedap.

Mango Ice Blended : Rm5.50
Strawberry Chocolate Ice Blended : Rm 6.50

Oreo Cheesecake : Rm8.60

Blueberry Cheesecake : Rm 8.60

Blueberry Cheesecake dia sedap, manakala Oreo plak sedap jugak, tp sedap lagi Secret Recipe punye.


Taste was good, the price pun good, dia punya surrounding pun nice. Senang cakap, sume Nice lah. So, jangan lupa singgah2 lepak sini okey.

Facebook : Momento Cafe
Alamat : Lot 39-G, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam,Shah Alam, Malaysia




Friday 17 October 2014

15 Tips Mudah Menjadi Lelaki Romantik


  • PEKA DENGAN TARIKH-TARIKH PENTING
kebiasaannya lelaki ni, dia pandang remeh kat tarikh-tarikh penting nih, berbanding perempuan. So, belajar-belajarlah ingat tarikh penting mcm tarikh ulang tahun perkahwinan ke, hari jadi ke dan tarikh yang korang rasa penting.
  • BERIKAN KEJUTAN
sekali sekala buat la suprise kat pasangan korang. barulah ade kenangan sikit, baru lah pasangan korang terharu ke rasa bahagia ke. contoh, korang masak tuk isteri korang ke, buat birthday party ke.
  • SELALU MEMBERI PUJIAN
wanita ni suka dipuji. sekeras mana pun hati wanita ni, mesti dia akan cair dgn pujian-pujian kecuali wanita tu ade pendirian. 
  • BERIKAN LAYANAN ISTIMEWA
layanan istimewa ni mcm korang buka pintu kereta ke sekali sekala, pintu rumah ke.
  • BERPIMPIN TANGAN KETIKA BERJALAN
untuk orang yang da kahwin je ok. bila korang g dating, pimpinlah tangan pasangan korang, baru lah dia rasa selamat. biarlah dia dah x cantik mcm dulu ke, anak 3 ke, apa salahnya kembali kan moment2 masa korang baru kawen dulu. 
  • PANDANG KE MATA SI DIA SETIAP KALI BERCAKAP
pandang tepat kat mata pasangan korang,kompem dia akan jatuh cinta. hehe
  • PUJUK KETIKA SI DIA MERAJUK
bila pasangan korang merajuk, sebenarnya dia mahu kan perhatian dari anda. gunakan lah nada lembut dan mohon maaf.
  • MEMBAWA SI DIA KE TEMPAT-TEMPAT ROMANTIK
sekali sekala bawa la pasangan korang g tempat-tempat romantik. bawa pegi candle light dinner ke, bawa g holiday ke.
  • KIRIMKAN JAMBANGAN BUNGA KEPADA SI DIA
wanita ni suka pada bunga. why not, korang g kedai bunga dan belilah bunga kesukaan dan kirimkan kt ofis pasangan tanpa pengetahuan dia. kompem ase mcm berbunga-bunga je pasangan korang.
  • UCAPKAN SAYANG DAN CINTA
lelaki ni mmg berat mulut nak lafaz kata-kata cinta sebab diorang ego. apa kata korang rendahkan ego dan lafazkan kata-kata rindu ke kata kata cinta. lagipun rendahkan ego, x merugikan ape-ape kan. hee.
  • MEMAKAI PAKAIAN SEDONDON
asyik bila raya,pakai sedondon, so ape salah nya apply waktu-waktu lain, x perlu design sama, tp cukuplah wane yang sama. 
  • SENTIASA BERIKAN PERHATIAN
jangan abaikan pasangan korang ye. bila korang melepak ngan kawan-kawan, jgan la sampai lupa kat pasangan korang, nnt dia rasa diri dia telah diabaikan.
  • PANGGIL DENGAN PANGGILAN MANJA
panggillah dengan panggilan seperti honey ke,sayang ke instead of panggil nama, baru la sweet. hehe
  • KIRIMKAN SMS CINTA
ambil masa seketika dan kirimkan sms cinta kepada pasangan korang, mesti dia terharu.
  • JADILAH PENYOKONG SETIA.
lastly, sokonglah setiap idea or cadangan pasangan korang. jika kurang bersetuju, berilah pendapat tp jangan sesekali memberi kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat dia.

selamat mencuba. :)

sumber : rapi

Ulser Mulut Usah Pandang Ringan

Assalamualaikum.

ULSER MULUT. APA TU?
ulser mulut tu merupakan luka yang ada dalam mulut, yang warna kuning atau putih yang dikelilingi warna kemerahan dan menyakitkan ulser ni bukan sahaja berlaku kat bibir korg, tepi bibir, tepi lidah, bawah lidah.

TANDA-TANDA ULSER MULUT

  • kat mulut korg ade tanda-tanda bulat warna putih o kuning. biasa nya ia dikelilingi kat area yang agak merah.
  • saiz ulser ni biase nya x besar melebihi 2 o 3mm.
  • kita akan rase sakit kt mulut bila ulser tu tersentuh ngan makanan o minuman.
  • deman dan hilang selera makan
KESAN DARI ULSER MULUT
  • kesan dia, bila korang nk cakap,nak senyum nak berus gigi o pape lah kan, korang akan rasa sakit kat mulut korang
  • kesan daripada sakit tu, mula la korang akan hilang selera mkn n minum sebab otak kita akan fokus pasal kesakitan tu.
  • selain tu, korang akan rasa sakit tekak jugak dan bibir akan jadi kering,merekah dan luka.
PUNCA TERJADINYA ULSER MULUT
  • biasanya dari kecederaan yg berlaku di lapisan nipis mulut, contoh nya, korang tergigit ke,air terlalu panas ke.
  • jangkitan(infeksi)
  • kurang zat makanan
  • kurang rehat atau tidur
  • stress
  • alah pada makanan
  • keadaan mulut yang kotor
LANGKAH PENCEGAHAN ULSER MULUT
  • kekalkan kesihatan mulut dengan baik.
  • banyakkan berehat, tidur yang cukup.
  • banyakkan minum air kosong.
  • kurangkan pengambilan makanan pedas dan panas

harap tips-tips atau pengetahuan tentang ulser ni dapat membantu korang pada masa hadapan. :)

sumber : rapi

Tuesday 14 October 2014

Review : Kidz and Creme

Assalamualaikum,

baru-baru ni MB telah pun menerjah Kidz and Creme cafe/restaurant yang terletak di setia dagang. lokasi dia mudah untuk dicari sebab ia nya berhampiran dengan Setia City Mall dan mudah untuk parking your car. sebab kawasan tu still kosong and x de owner lagi. So korang boleh park kereta korang kat memane yang korang suka asalkan tak block jalan.

Untuk pengetahuan korang, cafe ni adalah milik pelakon terkenal iaitu Aaron Aziz. Hajatnya MB datang cafe ni aritu nak jumpe Aaron Aziz tp dia takde, kak Diyana pun x de. kecewa 5 saat.

okey.

keadaan dalam cafe  selesa, x sempit, and ade ruang tuk kids baking. So sesape yg ade anak kecil, bolehlah biarkan anak diorg main kat sana and parents leh mkn dengan nikmatnya.

back to review.

hari tu MB try cabonara and air peach ___ . * x ingat nama air.

 Cabonara and peach ___.

for the food n drinks, ia nya SEDAP. secukup rasa n boleh diterima tekak n portion dia bnyk (for me). price tuk makanan MB ni  :

Cabonara - RM19.90 
Peach drink - RM12.

kalau datang kidz n creme ni WAJIB try diorg punye dessert and dessert paling hot sekali ialah Nutella Cheesecake. So, MB pun try la dessert diorg.

Nutella Cheesecake.

And SEDAP GILER. kalau makan tu, rase dia mcm Fererro Rocher. memang sedap. Price? its only RM14.90.

So, overall dari segi tempat, makanan, sedap and selesa
.
.
CUMA
.
.
.
a bit pricy. 

so,kepada korang yang belum cuba, sila cuba sebab makanan dia SEDAP,n pejam mata kat diorg punye harga ok. ala, sekali sekala. hihi.
.
.
.
untuk pengetahuan korang, Kidz n Creme closed setiap MONDAY. n kekdg diorg ade buat event, so kalau korg nk tahu aktiviti diorg, do Follow their Instagram. sbb diorg akan inform through that okey. 
.
.
.
Instagram : @kidzandcreme
Facebook : Kidz & Creme
Address : No 5, Jalan Setia Dagang U13/AK, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Malaysia.





Friday 12 September 2014

Panduan dan Mitos mutiara

Panduan menjaga mutiara


  • Elak terkena cahaya matahari.
  • Jangan biarkan basah dan lembap.
  • Alaskan mutiara dengan kain lembut.
  • Simpan mutiara dalam bekas yang bersih dan selamat.
  • Elakkan terdedah dengan bahan kimia.
  • Jangan sembur pewangi atas permukaan mutiara
  • Elakkan permukaan kasar dan tajam.

Mitos mengenai mutiara
  • Tamadun awal China percaya mutiara hitam adalah simbol kebebasan dan ia boleh didapati dalam otak naga.
  • Masyarakat mesir pula begitu menghargai mutiara sehinggal apabila meninggal dunia , mutiara akan dikebumikan bersama-sama mayat.
  • Masyarakat Greece percaya mutiara terbentuk apabila hujan menimpa tiram dan mutiara juga melambangkan kasih sayang dan perkahwinan. Dengan memakai perhiasan mutiara,mereka boleh mengetahui status individu dan akan melindungi wanita yang baru berkahwin daripada sebarang kejadian yang boleh menyebabkan mereka menitiskan air mata.



Wednesday 2 April 2014

Tanda-Tanda Mati Husnul Khatimah

           *gmbr encik gugle

                              
1.Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2.Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3.Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4.Mati syahid di dalam medan perang.

5.Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6.Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7.Mati kerana tenggelam.

8.Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9.Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10.Mati terbakar.

11.Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12.Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13.Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14.Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”
Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

15.Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. 

Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.

sumber: pemanis kata

Tuesday 14 January 2014

Ujian itu Tarbiyah dari Allah


  • KENAPA AKU DIUJI?
  • “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


  • KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
  • “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216


  • KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
  • “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286


  • RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
  • “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139


  • BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
  • “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200

    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45


  • APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
  • “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… -Surah At-Taubah ayat 111


  • KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
  • “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129


  • ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
  • “… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf ayat 12

    Sumber

    Usia Blog saya

    Daisypath Anniversary tickers