Tuesday 20 August 2013

Tips Penjagaan Kuku

Ramai yang mengambil ringan akan kebersihan kuku. Tahukah anda kuku yang bersih melambangkan peribadi anda sebagai seorang  yang menjaga kebersihan diri. kat bawah ni MB kongsikan beberape tips tuk penjagaan kuku korang k.

RENDAM
first,korang rendamkan kuku ke dalam bekas yang mengandungi air bersih selama beberapa minit. ia bertujuan untuk melembutkan kuku sebelum korang memotongnya.

POTONG
Kemudian,ptong kuku korang dgn berhati-hati. jangan potong terlalu pendek takut nnt jari korang luka pula. dengan kuku yang bersih  memudahkan korang untuk membuat kerja seperti bercucuk tanam dan memasak. makanan jgk tidak akan terselit kat dlm kuku.

PENGASAH
Selepas korang potong kuku,korang boleh guna kan Nail buffer untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. jangan lupe basuh jari korang dgn air bersih sesudah itu ye...


p/s : Selamat mencuba.. :)

sumber : Dara.com

Saturday 17 August 2013

Langkah Kurangkan Stress


Cara terbaik tuk hilang kan stress adalah dengan bersenam,melakukan yoga,bercuti dan sebagainye.. tetapi bagi mereka yang tiada masa untuk itu,boleh cuba langkah2 mudah seperti ini :-

KAWAL DIRI ANDA
Stress terjadi kerana anda terlalu berusaha untuk mengawalnya.Namun,pilihan di tangan anda tidak perlu memaksa diri. Sebaliknya cubaah untuk mengawal dan mengaturnya.

FIKIR POSITIVE
Stress akan meningkat apabila anda memikirkan tentang kekurangan diri. Penelitian menunjukkan seseorg yang percaya pada diri dan berkeyakinan dapat menjaga hormon kortisol dan stress akan rendah.

MAKANAN SIHAT
Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan . elakkan gula,kafein dan makanan berlemak. Sumber tenaga yang sihat dapat membantu menjaga emosi anda dengan stabil. Selain itu, jangan makan apabila idak lapar kerana ini adalah salah satu tanda anda mengalami stress.

TIDUR BERKUALITI
Stress boleh menyebabkan eseorang kurang tidur. Oleh itu, elakkan perkara yang boleh menyukarkan anda tidur seperti mengabil minuman kafein atau makan sebelum tidur.

HIBURKAN HATI SENDIRI
Stress boleh menyempitkan pandangan anda dan sukar untuk menerima perkara2 baru. Untuk mengatasinya,cubalah mengikuti kelas sulaman,jahitan,melukis atau aktiviti yang menggembirakan anda.

sumber : Rapi

Monday 6 May 2013

7 Cara Tingkatkan METABOLISME

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para pembaca... :)

METABOLISME.

Apa Itu METABOLISME?
metabolisme ni didefinisikan sebagai kadar pembakaran kalori dalam badan. Metabolisme ni adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan semua reaksi kimia yang terlibat dalam mempertahankan keadaan hidup sel-sel dan organisme.

untuk pengetahuan korang, setiap orang berbeza kadar metabolisme nya walaupun corak pemakanan korang ni sama dengan orang lain.

Mengapa Metabolisme Menurun?
salah satu punca nya adalah pengaruh usia.Tahukah anda bahawa kadar metabolisme akan menurun 5% dalam tempoh 10tahun selepas usia seseorang tu memcecah 40-an? walaupun kita boleh bakar kalori dengan cepat,tapi ia tidak sepantas masa kita muda mudi dulu.

selain itu faktor jantina pun turut mempengaruhi kadar metabolisme ni. wanita membakar kalori lebih perlahan daripada lelaki. lelaki memiliki metabolisme yang tinggi berbanding wanita kerana mereka memiliki tisu otot yang lebih.

terdapat bnyk faktor lain.. tapi Cik MB letak dua je lah.. hihi

Strategi Untuk Tingkatkan METABOLISME

  • TIDUR TERATUR : diklasifikasikan sebagai tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari... 
  • WAKTU SARAPAN : ambilkan makanan bersumberkan karbohidrat kerana ia perlukan masa yang panjang untuk dicerna dan membuatkan kita rasa kenyang dalam tempoh masa yang lama.
  • PENGAMBILAN PROTEIN : badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadam protein berbanding lemak atau karbohidrat.
  • BANYAKKAN MINUM AIR MASAK : hendaklah meminum air masak sebelum makan atau pun memakan buah-buahan yang tinggi kandungan air. kerana badan kita memerlukan air untuk memproses kalori.
  • ELAK STRESS : stress akan meningkatkan jumlah kortisol dalam tubuh. Kortisol tu adalah sejenis hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai penyediaan sekirannya berada dalam situasi bertekanan tinggi.
  • BERJEMUR :  berada dikawasan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti kita tidur. pastikan korang berada di bawah sinaran matahari yang sihat sekitar jam 9-11 pagi.
  • SENAMAN : senaman dengan pemberat adalah yang terbaik untuk meningkatkan kadar metabolisme. bersenam aerobik atau berjoging pula tidak membina otot tetapi hanya mampu meningkatkan kadar metabolisme badan selepas kita melakukannya. 
sumber: Majalah Rapi



Monday 22 April 2013

8 Tips Miliki Perut Rata

Assalamualaikum.

Perut.
tempat yg agak merunsingkan bila ia mula membesar tanpa sebab. tanpa sebab ke?
ok,hari MB ade baca majalah,then ternmpk la tips2 ni.. Mb nk share dgn korg. hope korg boleh amalkan dan mendapat perut yang diidam2kan. hehe.. enjoy.!

  • KUNYAH MAKANAN LEBIH LAMA

- Kunyah makanan dengan lebih lama adalah cara yg paling mudah untuk mengelakkan perut kembung.. kalau korg suka mengunyah makanan dengan cepat ia boleh mengakibatkan makanan yg dimakan susah untuk dihadamkan maka perut buncit pun terhasil.

  • KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
-mengurangkan pengambilan gula dapat menjaga insulin dan glucagon dlm badan. Glucagon ialah hormon yg membantu untuk melawan lemak perut agar perut tidak menimbun....
  • BANYAKKAN MENGAMBIL SERAT
serat berfungsi menghalang lemak masuk ke dalam badan terlalu banyak. kalau orang yg kuat makan makanan yg serat ni,diorg mempunyai badan yang kecil berbanding dengan diorg yg x amik serat. contoh makanan serat ni, beras merah ,gandum ,sayuran,dan lain2..

  • KETAWA
ketawa dpt mengurangkan lemak badan. kerana bila kita ketawa otot-otot kita akan mengencang di bahagian perut. dan ketawa jugak dapat mengurangkan 10-40 kalori setiap 10-15 minit.. 
  • LATIHAN FIZIKAL
lakukan akitiviti fizikal yg boleh membuatkan denyutan jantung kita berdetik. contoh: jogging, berlari,swimming selama 15-20 mins selama 3-5 kali seminggu...

  • ELAKKAN MENGAMBIL MANISAN
kebnykkan manisan diletakkan sebgai 'sugar free' kebiasaan nya dimasukkan polyol yg menyebabkan gas dan kembung. so,elakkan lah mengambil kudapanyg mengandungi sorbitol,lactitol, dan maltitol

  • MINUM JUS BETIK
jus betik ni dapat mengatasi sembelit kerana sembelit yg menyebabkan perut kita buncit...

  • ELAKKAN DARI STRESS
stress dan depresi boleh membawa kpd timbunan lemak dalam perut.kerana bila kita stress mesti kita nk makan kan.. pastu makan pulak sesuka hati.. jadi,kurang2 kan lah stress tu..dgn cara meditasi selama 20, bersenam,aerobik dan lain2 bersama kawan2.....

sekian. 

sumber : majalah rapi


Thursday 18 April 2013

video Gyomi yang cute giler.!

assalamualaikum..

GYOMI.
ha,korg mesti tahu gyomi tu ape kan. sekarang ni fenomena gyomi.. Lagu dia comellll...
korg enjoy la video2 ni ye..


nama budak ni Gail Sophicha. Comel giler.!

kakak ni comel mcm Nora Danish. 

jejaka ni pun comel jgk.


p/s: sumber video dari utube. :)

Sunday 24 March 2013

5 MAKANAN BAKAR LEMAK WAKTU TIDUR

assalamualaikum..

kalau musim-musim banyak assignment,mesti korg suka makan snek pada waktu malam kan..? tapi snek tu pasti kan rendah kalori tau..jangan bedal makanan yg kalori tinggi plak..susah nk bakar nnt.. hehe.. disini ,MB ingin kongsikan ade 5 makanan yang BOLEH bakar lemak korg waktu malam.. 

BOLEH

  • AIR MINERAL --- sebelum kita makan ape2 jenis snek,eloklah kita minum dulu air..segelas o dua gelas pun ok...pas minum tu,agak2 10 minit tu boleh la start amik snek2 ringan...
  • SUSU ----kalau korg nak nk minum susu,pilih la yg rendah lemak k..minum susu ni bagus,dapat meningkatkan kesihatan tulang.. lagi satu, susu ni mengandungi Triptofan dan asid amino,fungsi dia adalah untuk membantu kita untuk tidur lebih nyenyak.. 
  • KEKACANG --- kekacang ni kaya dgn antioksidan dan dapat mengawal gula darah n meningkatkan serotonin dalam badan.. dan kekacang ni bila kita makan kita akan rasa kenyang lebih lama....
  • POPCORN --- popcorn ni merupakan sumber karbohidrat kompleks yg rendah kalori
  • GANDUM --- baik untuk penghadaman... fungsi dia lebih kurang sama dgn susu..
  kalau ade BOLEH, mesti la ade TIDAK BOLEH kannn..... ade 9 makanan yg x boleh kita amik malam2....

TIDAK BOLEH

  • KOPI --- kafein dalam kopi ni bukan setakat x leh buat kita tidur, tetapi dia akan membuat anda kerap nk buang air kecil....so,jgn minum ye...
  • COKLAT --- mkn coklat akan buat kandungan gula cepat naik dan gula darah turun sehingga menimbulkan rasa lapar...
  • KEJU --- makan cheese mlm2 ni boleh buat perut rasa x selesa. selain itu,keju/cheese makanan yg tinggi kalori,lemak dan potensi untuk korg gemuk tu tinggi....
  • MAKANAN PEDAS --- kalau makan makanan yg pedas sebelum tidur,boleh mengakibatkan heartburn tauuu... pastu buat kita susah nak tidur malam....
  • KEK,AISKRIM,DAN BISKUT --- kalau boleh elakkan lah mknan ini kerana ia akan menaikkan gula darah dan menambahkan tenaga... 
  • BURGER --- korang mesti tahu kan sebab ape.... sebab burger ni tinggi kalori..pastu lemak2 tu kumpul kan perut nnt.. so,carilah makanan lain ye...
  • BIJI-BIJIAN --- biji-bijian ni bagus sebenarnya,yelah bnyk khasiat la katakan..tp makanan mcm ni boleh buat perut korang x selesa...kalau korg nk mkn jgk,mkn lah time siang2 hari...
  • SODA --- boleh mengakibatkan masalah kesihatan such as diabetes n jantung
  • KENTANG GORENG --- kalau korg sayangkan badan korg,maka kurang2kan lah mkn fries ni.. sebab fries akan meningkatkan kolestrol dan kegemukkan...sebab minyak n lemak dia,kumpul kat perut korh..ish3... so,jgn amalkan ye... 
so,amcm?? cuba rewind balik,ape yg korg mkn tdi... agak2 "BOLEH" o "TIDAK BOLEH" ???

sumber: majalah rapi.

Sunday 13 January 2013

Fadhilat Sural Al-Insyirah



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

FADHILAT
  •  Mempermudah segala urusan dan murah rezeki. Amalkan membacanya 7 kali selepas solat fardhu.
  •  Apabila ada sesuatu hajat yang penting, kerjakan solat sunat Hajat atau Tahajjud ditengah malam, dan baca surah ini 103 kali atau lebih banyak menurut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.
  •  Amalkan membaca surah ini, Insya Allah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.
  •  Untuk mengubati orang yang disengat serangga, baca surah ini kemudian tiupkan kepada pesakit, insyaAllah akan sembuh.
  •  Barangsiapa mengamalkan surah ini, nescaya dadanya yang sempit akan dilapangkan Allah SWT. Caranya:Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan. Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan dada.
  •  Tuliskan surah ini pada kertas, kemudian direndam dalam air dan diminumkan airnya kepada seseorang untuk mendorongkannya supaya bertaubat dengan sesungguhnya. Elok juga di baca Asma’al Husna “AL-TAWWAB” sebanyak 300 kali selepas solat Dhuha.
  •  Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat 200 dari surah Ali Imran serta doa berikut : “Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”. Selepas itu, dihembus ke dalam air untuk diberi minum kepada anak-anak. Boleh juga dibaca dan dihembus ke ubun-ubun anak anda pada setiap malam.
  • Surah ini jika di baca pada air sebanyak 111 kali, dapat menyembuhkan penyakit batu karang. Air ini dapat menghancurkan batu kerikil tersebut.
  • Jika diamalkan surah ini sebanyak 200 x setiap terbit matahari, insyaAllah akan dibukakan kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
  •  Surah ini jika dibaca pada air kemudian diminum, insyaAllah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari terkejut . Jika dilakukan 7 hari berturut2, insyaAllah akan kuat daya ingatannya.
Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers