Sunday 30 December 2012

~Berkat di sebalik membaca Bismillah~


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. 

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."

Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."


sumber :fb

Tuesday 11 December 2012

Sunnah Hari Jumaat


Assalamualaikum.. 
  • Persediaan jumaat hendaklah bermula pada hari khamis lagi,seperti memotong kuku,memotong rambut dan lain-lain lagi.
  • membaca surah Al-kahfi
  • mandi sunat
  • bersiwak
  • memakai wangi-wangian
  • memakai pakaian yang baik lebih afdal berwarna putih
  • datang awal ke masjid untuk memnunaikan solat jumaat
  • berjalan kaki ke masjid
  • mendengar khutbah dengan penuh perhatian
  • mencari masa mustajab untuk berdoa
  • memperbanyakkan selawat

selamat beramal.. =]

sumber: FB

Monday 3 December 2012

10 gangguan syaitan dalam solat

1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim 
berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
- (HR. Muslim)

3)LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
- (HR Bukhari dan Muslim)

4)HADIRNYA PIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"
- (HR Bukhari)

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau thu-ma'ninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
- (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar.
- (HR Tirmidzi)

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
- (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin"
- (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"
- (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
- (Riwayat Thabrani).

Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya"
- (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.





sumber:FB

Saturday 3 November 2012

KELEBIHAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR


  • disayangi ALLAH S.W.T
  • Didoakan oleh para malaikat
  • diampunkan dosanya
  • diberikan perlepasanoleh ALLAH dari segala masalah
  • dimurahkan rezekinya
  • ditinggikan kedudukannya di sisi ALLAH
  • bertaubat merupakan ciri orang yang beriman.
-Dr. Yusuf Al-Qardhawi

p/s : mudah-mudahan,kita mampu melakukannya dengan istiqamah.. :)
selamat beramal... 

Saturday 27 October 2012

Petua Senang Hati


  1.  latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH
  2. latih hati sentiasa ingat, ALLAH memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat
  3. latih hati sentiasa bergantung dengan ALLAH dan tidak terlalu mengharapkan manusia
  4. latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari ALLAH
  5. latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH

Saturday 13 October 2012

7 perkara MAKRUH ketika solat


  • memalingkan tengkok ketika solat kecuali kerana keperluan.(
  • mengangkat pandangan keatas.(bukhari)
  • bermain-main dengan rambut (mengurai-nguraikannya) dan menyinsing hujung baju (seperti lengan) ketika solat.(bukhari)
  • solat ketika makanan sudah dihidangkan yang mana hatinya teringin memakannya.(bukhari & muslim)
  • solat dalam keadaan menahan kencing atau menahan untuk buang air besar. (imam muslim)
  • solat dalam keadaan terlalu mengantuk.(bukhari & muslim)
  • solat seperti ditempat berikut: bilik air,jalan,pasar,kawasan perkuburan,gereja , tempat sampah, tempat duduk unta,dan lain-lain. ini kerana tempat tersebut dibimbangi ada najis dan sukar untuk mendapat khusyuk.
sumber : FB

15 tips MURAH REZEKI


  1. membantu penuntut ilmu
  2. membantu golongan miskin
  3. hijrah cari pendapatan ke tempat lain
  4. sentiasa ingat Allah
  5. memperbanyakkan doa
  6. bersyukur atas nikmat
  7. bersungguh melakukan perkara yg harus
  8. melibatkan diri dalam perniagaan
  9. bersedekah secara istiqamah
  10. menjalin hubungan silaturahhim
  11. mengerjakan haji dan umrah
  12. taqwa kepada Allah
  13. bertaqwa kepada Allah dengan sebenarnya
  14. istighfar dan bertaubat
  15. bertawakkal dan berusaha seiringan
sumber : FB

Tuesday 11 September 2012

STRESS?? Practice 10B


  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata: "Relaxlaaa...."
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar radio
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif
Selamat Mencuba.. :)

cc: Klinik Kesihatan

Friday 3 August 2012

Petua Imam Syafie

4 Perkara Menguatkan Badan

  • makan daging
  • kerap mandi
  • memakai haruman
  • berpakaian dari kapas
4 Perkara menajamkan mata
  • duduk mengadap kiblat
  • bercelak sebelum tidur
  • memandang yang hijau 
  • berpakaian bersih
4 Perkara Melemahkan badan
  • banyak berkelamin(bersetubuh)
  • selalu cemas
  • banyak minum air ketika makan
  • banyak makan bahan yang masam
4 Perkara merosakkan mata
  • memandang najis
  • melihat orang dibunuh
  • melihat kemaluan
  • membelakangi kiblat
4 Perkara menajamkan minda
  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi
  • bercakap dengan orang yg soleh
  • bergaul dengan para ulama
sumber: facebook

Monday 23 July 2012

cara mudah untuk khatam Al-Quran dlm masa sebulan

Cara Paling Mudah Khatam Al-Quran Dalam Masa Sebulan 

Pada zaman Rasulullah saw, ada para sahabat Nabi yang mengkhatam al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Tapi, Nabi saw ada memberi pesan, kalau nak khatam dalam masa yang singkat, jangan khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.” (HR al-Bukhari)

Ini supaya kita membacanya dalam keadaan baik, tidak gopoh dan membacanya dengan penuh penghayatan. Kalau baca kelam kelibut pun tiada gunanya juga. Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya kita tidak melupakan tugas dan peranan harian kita menempuh aktiviti duniawi. Tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini pun kena jaga.

Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mampu khatam dalam masa yang lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Tapi, mereka melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan. Sambil tidak mengganggu aktiviti harian dan tugasan mereka. Contohnya Imam Syafi'e diriwayatkan mampu khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Masha Allah! Hebat!

Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Di sini ingin dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam tempoh sebulan.

Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci al-Quran. Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut





p/s: selamat mencuba.. :)
sumber : fb

Tuesday 10 July 2012

Tips ketika mengandung

Surah Bacaan Ketika Mengandung ;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.



Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;


■ Mengamalkan solat wajib dan sunat
■ Mengamalkan zikir
■ Membaca al-Quran
■ Mendengar muzik yang tenang
■ Membaca buku-buku ilmiah
■ Berbual dengan anak dalam kandungan
■ Menjaga adab dan emosi
■ Tidak tertekan atau stress
■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar



IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR ;

Negatif

Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran
Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut

Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak
Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah

Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak

Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan



SUMBER

Tuesday 5 June 2012

KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN.

1) Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 

2) Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 

3) Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4) Surah Al-Waqi'ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5) Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6) Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7) Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8) Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9) Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10) Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:- 

Friday 1 June 2012

Tomok namakan anaknya-arrianshah akid

assalamualaikum dan salam sejahtera..

pada 29 may hari tu,penyanyi favourite MB iaitu Tomok atau nama penuh dia Shah Indrawan telah mendapat anak sulung dia.Baby boy.. seberat 3.33 kg.. Comel giler anak dia. nak tahu x ape nama anak dia?? hehehe.. nama anak dia ialah ARRIANSHAH AKID BIN SHAH INDRAWAN.

cc: twitter tomok.


Friday 27 April 2012

JANGAN

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.


- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.


- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.


- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.


- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.


- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Sunday 4 March 2012

Ibu memasak kompem sedap..!

fakta tentang ibu anda !

ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D

tapi tahu tak kena
pa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...

"kenapa sedap sangat ni mak masak?" sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥

p/s : kasih la ibu anda.. =]

Monday 27 February 2012

Menangis adalah baik

Fakta sains dan psikologi
menangis adalah baik
untuk
1. kurangkan stress
2. melegakan perasaan
3. hilangkan rasa marah
sebabnya
dalam air mata itu mengandungi
hormon prolaktin untuk melawan
stress dan menurunkan tekanan darah
serta denyutan jantung.
sebenarnya Menangis adalah 
proses keinsafan terhadap yang beriman
proses kekufuran terhadap yang munafik

Wednesday 15 February 2012

10 perkara yang merosakkan otak

  1. tidak mengambil sarapan pagi
  2. terlebih makan
  3. merokok - memang tak baik untuk kesihatan.. bg yg merokok tu,kurang2kan lah ye.. :) (membunuh sel2 otak)
  4. mengambil gula berlebihan
  5. menghidu udara yang tercemar
  6. tidur yang berlebihan - melemahkan daya pemikiran seseorg.
  7. tidur dengan menutup muka - menyebabkan otak kekurang oksigen.
  8. kurang berimaginasi - menyebabkan daya kecerdasan otak menurun.
  9. Jarang berfikir - akan menjadikan kita lembab dan tak aktif
  10. tidak membaca Al-Quran -membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita, mengaktifkan otak kita dan mengelakkan ia menjadi rosak.. 

Tuesday 14 February 2012

Rahsia surah Al-Khautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. 


Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada 



kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda 



bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



p/s: selamat beramal.. =]
sumber : facebook

Monday 13 February 2012

5 Trivia Lisa Surihani dan Yusry

gambar hiasan dari uncle gugle.
  • Kidal - sama-sama menulis dengan tangan kiri tapi banyak perkara lain kami selesa lakukan dengan tangan kanan.!
  • Sama-sama menggemari warna-warna tanah dan semula jadi.
  • Penyokong setia kelab bola sepak Manchester United
  • Pencinta Muzik - tapi tentu sekali dari era berbeza. Yusry lebih kepada lagu-lagu antarabangsa 80-an sedang Lisa sangat meminati R&B.
  • Masing-masing mempunyai akrofobia(takut berada di tempat tinggi). sedang fobia Yusry boleh dikategori sebagai biasa-biasa,Lisa mengalami fobia kronik. Selain itu,Lisa juga seorang klaustrofobia (takut berada di tempat sempit seperti terowong SMART yang kini cuba diatasinya). Lisa juga tidak menyukai serangga merayap seperti lipas terbang dan labah-labah.
sumber : majalah astroview

Thursday 9 February 2012

Kelebihan BISMILLAH

  •  Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  •  'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejapmata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
  • Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  • Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  • Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid,maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  • Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
  • Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.
  •  Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  • Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  •  Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  • Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wednesday 8 February 2012

Wuuhuu online!

assalamualaikum.

okeh,hari ni mcm biasa,explore internet,then MB terjumpa wuuhuu online. Wuuhuu online ni mcm magazine online tau.. kita boleh baca the whole magazine,bukan baca sikit2,mcm sesetengah magazine,pastu kene beli kan. ni tak,kte seolah2,baca magazine TANPA membeli nya ,ok! magazine yg ada kat Wuuhuu online,ialah magazine baru iaitu ENF.. Free of charge tau baca nih.. tak perlu log in ke ape ke.. just klik dan baca.. k,lah MB nak sambung baca magazine ni.. hehe..

MB dah print screen.. ce korang tengok..


mcm best kan?? ape lagi,jom lah baca.!! =]

kalau nak baca klik kat bawah ni ye..
Wuuhuu oline

Thursday 26 January 2012

5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Harijadi

1. Coklat


perempuan jarang suka coklat . tapi coklat lah disukai oleh perempuan bila ia di jadikan hadiah hari jadi.. tambah lagi, coklat-coklat mahal.. mcm coklat kat atas ni.. hehee..

2. Bunga


Bunga.! majoriti perempuan suka bunga. So,x rugi kalau korang hadiah kan bunga kat perempuan.. gerenti dia suka.. hehee..

3. Teddy Bear


comel x? comel kan.. gurls ni dah sinonim ngan teddy bears. Teddy bears ni lah tempat gurls nak kesat air mata , hingus dan segalanya. haha.. lagi satu teddy bears ni sweet tambah2 lagi bila orang kesayangan yg bgi. hehee..

4. Jam Tangan


kalau nak sweet lagi,beli lah jam tangan couple..  

5. Novel


yang ni kompem gurl suka. hehe.. lagi satu dia boleh memupuk sifat membaca.


p/s : dah dapat idea??


Tuesday 24 January 2012

bawaku pergi

new single from kaka azraff and zizan razak.
MB suka lagu nih. sedap. try la dgr. =]


amacam? dah dengar? best x??

Friday 20 January 2012

7 Sunnah Rasul yang perlu dijaga

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
By: Mohamad Firdaus
p/s : selamat beramal.. =]

Wednesday 18 January 2012

6 rawatan kecantikkan yang merbahaya

mesti korang nak tahu ape 6 rawatan kecantikkan yang merbahaya??? jom2..


gambar hiasan oleh uncle gugle..

 Manicure and pedicure- Mungkin anda berasa sangat tenang ketika rawatan ini sedang dijalankan. Tetapi anda perlu pastikan bahawa salon yang anda pergi menjaga kebersihan peralatan yang mereka gunakan. Ini kerana, bahagian kuku terutamanya adalah merupakan bahagian yang mudah terkena jangkitan kuman atau bakteria. Sekiranya kebersihan peralatan tidak dititikberatkan, kemungkinan anda akan mengalami masalah kulit, cekam dan sebagainya adalah amat tinggi.


 Rawatan resdung- Sekiranya anda pernah melakukan rawatan resdung yang menggunakan segulung kertas dan dibakar pada bahagian atasnya, pastikan orang yang melakukan rawatan tersebut adalah orang yang berpengalaman. Sekiranya ia dilakukan oleh orang yang kurang mahir, dikhuatiri bara pada kertas yang dibakar tadi akan terjatuh pada kulit muka anda dan akan menyebabkannya melecur.


 Meluruskan rambut- Rawatan ini adalah merupakan salah satu rawatan paling popular yang ramai orang lakukan. Apabila rambut anda dibakar atau dipanaskan, ia sebenarnya hanya akan lebih merosakkan kesihatan rambut. Sekiranya anda tetap ingin rambut yang lurus, dinasihatkan untuk tidak melakukannya dengan kerap.


 Pembuangan atau penyedutan lemak- Rawatan ini biasanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah kegemukan. Sebelum melakukan rawatan ini, anda perlu terlebih dahulu mengetahui bahaya yang anda hadapi. Cara terbaik untuk mengatasi masalah kegemukan adalah dengan cara semulajadi seperti melakukan senaman dan bukannya dengan melakukan rawatan pembuangan atau penyedutan lemak.


 Botox- Suntikan botox adalah berfungsi untuk menegangkan kulit yang mengalami masalah kedutan. Ia merbahaya kerana akan memberikan kesan sampingan pada kulit muka yang akan lebih memburukkan lagi wajah seseorang yang memakainya. Kebiasannya, kulit muka seseorang yang melakukan rawatan ini akan kelihatan terlalu tegang dan akan membuatkan wajah mereka kelihatan lebih pelik berbanding semulajadi.


 Pembedahan plastik- Ini juga merupakan trend terbaru untuk masyarakat masa kini. Ramai yang terlalu obses untuk melakukan pembedahan plastik. Tetapi tahukah anda bahawa pembedahan plastik yang gagal adalah lebih banyak berbanding yang berjaya? Jangan terlalu mudah terpengaruh untuk melakukan rawatan seperti ini.


p/s : hati2 la ye.. =]


SUMBER

Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers