Thursday 26 January 2012

5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Harijadi

1. Coklat


perempuan jarang suka coklat . tapi coklat lah disukai oleh perempuan bila ia di jadikan hadiah hari jadi.. tambah lagi, coklat-coklat mahal.. mcm coklat kat atas ni.. hehee..

2. Bunga


Bunga.! majoriti perempuan suka bunga. So,x rugi kalau korang hadiah kan bunga kat perempuan.. gerenti dia suka.. hehee..

3. Teddy Bear


comel x? comel kan.. gurls ni dah sinonim ngan teddy bears. Teddy bears ni lah tempat gurls nak kesat air mata , hingus dan segalanya. haha.. lagi satu teddy bears ni sweet tambah2 lagi bila orang kesayangan yg bgi. hehee..

4. Jam Tangan


kalau nak sweet lagi,beli lah jam tangan couple..  

5. Novel


yang ni kompem gurl suka. hehe.. lagi satu dia boleh memupuk sifat membaca.


p/s : dah dapat idea??


Tuesday 24 January 2012

bawaku pergi

new single from kaka azraff and zizan razak.
MB suka lagu nih. sedap. try la dgr. =]


amacam? dah dengar? best x??

Friday 20 January 2012

7 Sunnah Rasul yang perlu dijaga

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
“Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
By: Mohamad Firdaus
p/s : selamat beramal.. =]

Wednesday 18 January 2012

6 rawatan kecantikkan yang merbahaya

mesti korang nak tahu ape 6 rawatan kecantikkan yang merbahaya??? jom2..


gambar hiasan oleh uncle gugle..

 Manicure and pedicure- Mungkin anda berasa sangat tenang ketika rawatan ini sedang dijalankan. Tetapi anda perlu pastikan bahawa salon yang anda pergi menjaga kebersihan peralatan yang mereka gunakan. Ini kerana, bahagian kuku terutamanya adalah merupakan bahagian yang mudah terkena jangkitan kuman atau bakteria. Sekiranya kebersihan peralatan tidak dititikberatkan, kemungkinan anda akan mengalami masalah kulit, cekam dan sebagainya adalah amat tinggi.


 Rawatan resdung- Sekiranya anda pernah melakukan rawatan resdung yang menggunakan segulung kertas dan dibakar pada bahagian atasnya, pastikan orang yang melakukan rawatan tersebut adalah orang yang berpengalaman. Sekiranya ia dilakukan oleh orang yang kurang mahir, dikhuatiri bara pada kertas yang dibakar tadi akan terjatuh pada kulit muka anda dan akan menyebabkannya melecur.


 Meluruskan rambut- Rawatan ini adalah merupakan salah satu rawatan paling popular yang ramai orang lakukan. Apabila rambut anda dibakar atau dipanaskan, ia sebenarnya hanya akan lebih merosakkan kesihatan rambut. Sekiranya anda tetap ingin rambut yang lurus, dinasihatkan untuk tidak melakukannya dengan kerap.


 Pembuangan atau penyedutan lemak- Rawatan ini biasanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah kegemukan. Sebelum melakukan rawatan ini, anda perlu terlebih dahulu mengetahui bahaya yang anda hadapi. Cara terbaik untuk mengatasi masalah kegemukan adalah dengan cara semulajadi seperti melakukan senaman dan bukannya dengan melakukan rawatan pembuangan atau penyedutan lemak.


 Botox- Suntikan botox adalah berfungsi untuk menegangkan kulit yang mengalami masalah kedutan. Ia merbahaya kerana akan memberikan kesan sampingan pada kulit muka yang akan lebih memburukkan lagi wajah seseorang yang memakainya. Kebiasannya, kulit muka seseorang yang melakukan rawatan ini akan kelihatan terlalu tegang dan akan membuatkan wajah mereka kelihatan lebih pelik berbanding semulajadi.


 Pembedahan plastik- Ini juga merupakan trend terbaru untuk masyarakat masa kini. Ramai yang terlalu obses untuk melakukan pembedahan plastik. Tetapi tahukah anda bahawa pembedahan plastik yang gagal adalah lebih banyak berbanding yang berjaya? Jangan terlalu mudah terpengaruh untuk melakukan rawatan seperti ini.


p/s : hati2 la ye.. =]


SUMBER

Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers