Sunday 11 December 2011

Tips sembuh mata yang rabun


Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Barang siapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) hendak lah dilakukan :

  • memandang bulan pada awal bulan,jika tidak kelihatan atau terhalang awan atau lain-lain hal,lakukan pada malam kedua,juga tidak dapat,cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • apabila telah kelihatan,hendaklah ia menyapukan tangan kanannya ke mata dengan membaca Al-Fatiihah sebanyak 10 kali.
  • sesudah itu,mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini : "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
  • lalu mengucapkan "Ya Rabbi"sebanyak 5 kali.
  • terakhir mengucapkan doa ini sebanyak 1 kali : "Ya Allah,sembuhkanlah,Engkaulah yang menyembuhkan,Ya Allah,sihatkanlah,Engkau lah yang menyihatkan. "
P/s : Selamat mencuba.. =]

Friday 2 December 2011

BMT Langsung Dari Tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
petang jumaat yg indah,MB dapat berita gembira..hehehe
masa MB pulang dari kelas,MB tergerak hati nak g pejabat Kolej.. nak tgk 'Benda' tu sampai ke x lagi ek..
MB pun pegi la sambil bawak kad matrik..*kalau x bawak x leh tuntut*.
so,MB pun check la nama kat buku surat-menyurat ni..

GUESS WHAT?? 'benda' yg MB tggu dekat 2 minggu,akhir nya da selamat sampai.. hik3..
syukur alhamdulillah... mesti korang nak tahu ape tu 'benda' kan???

TaaaDDAAAaa..!!


inilah,'benda' nya.. Bogel Menuju Tuhan..
MB beli secara online dari Zahiril sendiri..
Zahiril ada bagi cenderahati iatu Kad Pre Wedding dia.. siap ada signature lagi..
hehehe..TERIMA KASIH. =]

p/s: da baca separuh da.. suke puisi dia dekat isteri dia.. =]

Tuesday 29 November 2011

Perkahwinan Shera Aiyob dan Zahiril Adzim

Pada tanggal yg cantik hari tu, iaitu 20.11.2011..
pasangan cute (zahiril n shera) yg MB minati dah pun selamat diijab qabul..happy sgt diorg da kahwin.. 
dengan sekali lafaz je tau.. hehe..
congrats tuk mereka.! 

baju diorg serious cantik.. combination of the colour is very2 nice.. 
pandai Hatta Dolmatt reka baju.. buat masa ni,
dia la paling pandai reka baju n satukan warna.. cantikkkkk.. hehehe..
kalau korg nak tgk gambar2 diorg sila pergi ke jangguttouch .. jangguttouch ni pandai amik gmbr..
gmbr dia pun sejuk je mata memandang.. dia jugak merupakan official photographer tuk persandingan,nikah,mereka.. 
kalau korg nak tgk video,korg leh tgk kat sini -->video perkahwinan ZS-Highlights (sweet motion production)
dan jgk --> pesanan buat peminat (sweet motion production)


kad kawen mereka.. *serius cantik*



ade gambar2 lain yg MB jumpe.. cantik jugakk. jom tgk..

Credit to:

1. Armand Wedding | Event Photography (Facebook)
2 .Muhammad Hidayatullah (Facebook)
3.  ShutterClick Photography (Facebook)

Saturday 20 August 2011

Fakta Menarik tentang MANUSIA

assalamualaikum dan salam sejahtera..

nak tahu fakta diri Manusia ?? iaitu kita ni ?? jom baca.!


  1. Manusia yang pertama dijangkiti HIV ialah pada tahun 1930an.
  2. Wanita mengelipkan mata dua kali lebih berbanding lelaki.
  3. Manusia yang bijak dan intelligent mempunyai lebih molekul zink dan kuprum di dalam rambut mereka. 
  4. Otot yang paling kuat pada seorang manusia ialah lidahnya. *patutla diorg suke wat aksi tarik kenderaan berat guna lidah .. hmm..*
  5. Tubuh kita menghasilkan dan membunuh 15 million sel darah merah dalam sesaat! *tuu diiaa..banyak nyee..! *
  6. Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 gallon air liur sepanjang hayatnya.
  7. Ada seorang bayi lahir dalam setiap 7 saat. 
  8. Anda akan dapat mengesan seekor skunk (yg bau busuk tu) dengan hanya menghidu 0.000000000000071 ounce dari bau nya. 
  9. Kita bernafas lebih kurang 10 million kali setahun.
  10. Semakin sejuk suhu bilik tidur anda, lebih tinggi kebarangkalian anda untuk mendapat mimpi ngeri/ buruk. *maka,tidur la bila suhu warm.. x de mimpi buruk..hehe..*
  11. Cuba teka dalam 5 jari kita.. yang mana kukunya lebih cepat panjang/tumbuh? Jawapannya jari hantu / tengah. : *cube korg wat xperiment,betul x?? *
  12. Jari yang paling sensitif ialah jari telunjuk.  * cube try , sensitif x ? hehe *
  13. Nisbah berat otak dan berat badan manusia ialah 1/40 kilogram.
  14. Selepas makan terlalu banyak, pendengaran anda akan kurang daripada normal
  15. Rambut wanita mempunyai diameter 1/2 dari diameter rambut lelaki. *rajinnye orang yg wat kajian ni..*
  16. Tulang yang paling kuat pada tubuh seorang manusia ialah tulang dagunya. *ooOoo..*


p/s : sumber

Thursday 18 August 2011

Jom join bloglist birumuda91

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pagi yg indah ni MB nak join segmen BM kte ni.. segmen 1st dia.. jom kte ramai2 join segmen dia..!!

Nak join? klik banner atau Klik Sini 

jom2 kita ramai2 join.!! 

Wednesday 17 August 2011

Tanda-tanda wanita tak suka anda

Kadang2 bila kapel ni x semua berakhir dengan happy ending kan.. tapi sume nak happy ending kan??? .. kadang2 salah pompuan kadang2 salah laki.. kali ni MB nak share tanda2 if gurl tu da x suke ngan boys da..

Berpura-pura masih cinta
dia nak break up ngan awak tp dia tahu awak still sayang dia,so dia pun teruskan lah perhubungan tu.. kadang2 dia akan wat awak sakit hati kat dia .. tuk break..

Dia keluar dengan lelaki lain
ni selalu la kot terjadi kat korangkan?? contohnye , dia kononnye ajak awak keluar . saje nak jumpe . so,bila awak pergi kat tempat tu ,awak nmpak dia ngan laki lain. mesti time tu awak sakit hati giler2 n hancur berderai kan??

Tidak mahu mengaku 'in a relationship '
kadang2 bila kapel kuar sesama kan, mesti ade terserempak ngan kawan2,so,bila kawan2 tanye 'ni ke pakwe kmu? ' dia tidak akan mengaku . sedangkan awak je yg mengaku . hmm...

Mengkritik secara terbuka
orang kata bila hati da x suka , kentut pun da bau busuk balik. eh.? hehe .. kadang2 dia akan kritik awak teruk2. awak pun makan hati .. so,jgn biar dia perkecilkan awak tau.. sila la cari awek lain..

Tidak bersuara langsung
kadang2 awak sembang2 kan, dia cakap sepatah 2 kata je. dia da x berminat da nak dgr o comment . so tu menunjuk kan protes ..

Terlalu emosi
kalau dia  sampai menangis tuk memutuskan hubungan tu tandanye dia memang2 x nak da dekat awak.. baik awak lepaskan je la..

Tidak mengangkat telefon
dia lebih suka menyendiri dan x mahu angkat telefon . tu pun satu protes jugak tu.. paham2 je la awak..

Minta lelaki lain belanja
cuba awak bayangkan , dia minta lelaki lain belanja sedangkan awak ade kat tempat tu .. dia memang saje nak sakit kan hati awak..

p/s : dia = gurl     awak = boys        korang = pembaca MB 
terima kasih membaca..! =]

Sunday 14 August 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Badminton Single Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

     

Agak sengit perlawanan badminton kali ini.. sampai x bernafas MB nengok nye.. hehe ..* kasi kencang ckit* mesti korang x sabar kan nak tahu result dia?? hehe..

MAS : | 22  | 14  |  21 |
CHN : | 20  |  21 |  23 |

Pemenang : Lin Dan

p/s : pemainan memang sengit.!! pape pun chong wei tetap no 1 in Malaysia..!




Wednesday 10 August 2011

pantun raya n puasa..!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..

mlm ni ok ckit dari semalam.. budak2 x bising sangat kat masjid tu.. myb diorg baca kot entry MB semalam.. hehe..

ok,mlm ni MB nak buat entri pantun raya/puasa..hehe..suka x?? *suka laaa* hehe.. pantun2 ni ade yg MB salin balik dari nset MB dan ade jugak MB search kat tenet.. meh kita berpantun.! ade jgk yg bukan pantun.. hehe *belasah je lah..* ;)

pantun puasa :  

Sempena Ramdhan ini sentiasalah setting niat,
upgrade iman, download sabar, 
update doa dan topup ilmu
supaya dapat redeem pahala banyak2..!
selamat berpuasa.!

Sekotak mancis secawan madu,
selaut kasih seluas rindu,
salam manis penuh syahdu,
salam ramadhanku ucapkan padamu.
selamat berpuasa.! 

pantun raya :

 Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Alangkah seronok rasa di dada,
hari raya sudah menjelma,
ampun maaf saya pinta,
jikalau ada terkasar laku dan bahasa.
Selamat hari raya,maaf zahir dan batin.

1 syawal menjelang tiba ,
takbir bergema menggegar jiwa,
sekiranya ada salah & dosa,
ampun di pinta di hari mulia.
selamat hari raya..


entri kali ni agak advanced.. baru 10 hari pose da buat entri pantun raya. *ade aku kisah* hehe.. suke hati MB laaa.. hehe.. selamat membaca.!! :)

Tuesday 9 August 2011

10 kartun favourite .!

assalamualaikum dan salam sejatera.. 

kalau korang nak tahu, MB ni minat dgn cartoon2 nih.. walaupun umo semakin meningkat tp MB tetap suka.. hehe. sampai mak MB pun ckp 'kmu ni da tua2 bangka pun tgk kartun lagi? ish3.." hehe.. ye la,setiap hari sabtu n ahad mesti tgk kartun waktu pagi kt tb 3.. hehe.. oleh kerana MB minat tgk kartun,MB nak list 10 kartun yg MB paling minat.. hehe mana tahu favourite korang pun ade dalam list MB..hehe..

10. Sailormoon


hehe.. ni zaman muda2 dulu MB minat giler kat kartun ni.. maklumlah,pompuan..hehe..MB minat cite ni sampai MB beli la CD dia.. haha.! hebat x??

9. Prince of Tennis


hah.! mesti korang pun minat cite kan,kan?? hehe.. kalau x silap cite nih kat ntv7 dulu.. cite ni best!! suke tgk ryoma echizen main tennis,kalah rafael nadal n roger federer tau.! betapa hebat nye ryoma ni..hehe..ketaksuban MB terhadap cite ni,sampai MB print gmbr dia n tempek kt fail.! haha..*lawak tol*

8. Kampung Boy


kampung boy.! femes kot dulu..tipu la kalau korang x penah tgk cite dia o komik dia.. best.!

7. Ninja Boy


hah.! ni pun mesti korang penah tgk kan..telatah 3 sekawan ni..ade yg gila duit , ada yg gila makan , ada yg baik. hehe.. sekarang pun kartun still dimainkan kt astro ceria same dengan kampung boy..

6. Upin dan Ipin


hah.! yg ni kartun terbaru.. ramai budak2 yg suka kat kartun ni.. MB pun suka gak..*sebab tu ade dalam list MB* hehe oleh kerana cite ni femes, MB ade batal peluk pendek yg bergambarkan upin n ipin serta botol air dia.. hehe.. *korang ade??!*

5. Crayon Shin Chan


cite ni femes dgn kegatalan shin chan terhadap pompuan.! haha.! beselah bapak dia pun gatal gak..sekarang ni pun still dimainkan di ntv7.. korang mesti suka kan..??

4. Doraemon


cite ni mmg MB suka.. siap ade komik dia lagi..hehe.

3. Totally Spies


ni memang feveret.! kalau kartun yg jadi spy2 tuk memang MB suka.! watak yg MB suka kat TS ni,watak sam.! sebab dia bijak..! hehe..

2. Cardcaptor Sakura


waktu dulu2 cite ni memang feveret..kawan MB pun minat cite ni.. ! MB suka cite ni sebab comel,ade haiwan kecik yg kuat makan..! pastu of course ade part cinta.! haha.!! *tu memang suke*

1.  Detective Conan


ok.! ni paling feveret3 MB.! sampai sekarang MB still tgk kartun ni.. cite dia best.! n conan ni cute.! haha..!!

hehe.! amacam ada x kartun feveret korang ade kat list MB?? kalau ade,makna nye minat kita sama..hehe..!

p/s : entri agak panjang.. =]

Friday 5 August 2011

Fakta menarik tentang haiwan

assalamualaikum dan salam sejahtera..

sebelum MB nak menutup mata *tido* ,MB nak share some facts yg MB baca kat tenet.. *as usual* hehe.. ni kali kedua dalam sehari MB updated blog..*rajin jgk MB nih* hehe. so,korang baca ya.. untuk saje2 o ilmu tambahan.. hehe.. entri kali nih,seperti tajuk di atas ya.. hehe..sila2 lah baca.. =]

  • Penyu tak mempunyai gigi. *korg pasan x dia x de gigi??*
  • Penyu laut menyerap garam dari air laut di tempat di mana mereka hidup. Mereka mengeluarkan lebihan garam melalui mata, sebab tu selalu nampak macam mereka menangis
  • Polar bear (Beruang Kutub) dan katak ialah haiwan kidal. *patut la diorg suke makan guna tngan kiri..kidal rupenye..*
  • Semut tidak tidur. *patutla rajin bekerja..hehe*
  • Lipas boleh mengesan pergerakan sesuatu biarpun sekecil 2000 kali diameter atom hidrogen.
  • Burung pungguk ialah satu-satunya haiwan yang boleh tengok warna biru.*warna biru je??*
  • Kedudukan mata keldai membolehkannya melihat keempat2 kakinya tanpa perlu menoleh kepala. *wow!hebatt!!*
  • Tikus mondok boleh menggali terowong sepanjang 300 kaki dalam masa 1 malam sahaja.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yg dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

banyak lagi sebenarnye..tp mata ni da berat.. so,sampai disini saja la ye.. terima kasih kerana sudi membaca..=]

14 khasiat air kelapa.!

assalamualaikum dan salam sejatera..

gambar hiasan

air kelapa.! *air favourite* hehe.. MB dgr, air kelapa ni bnyk khasiatnye.. so,MB pun search kat tenet.. dan akhirnye, jumpe jgk khasiat2 nye.. korang nak tahu?? =]

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


tapi,korang jangan minum air kelapa time korg makan ubat.. sebab nanti dia akan meneutral kan ubat tu.. ibarat korang x mkn ubat la.. hehe

p/s : bnyk khasiat nye kan.. so,jom kita serbu bazaar ptg nih.. beli air kelapa.! *kaya tokeh air kelapa*

Thursday 4 August 2011

4 sebab kenapa kena kurangkan minum soft drinks.!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

*gmbr hiasan*

korang rasa dahaga x tgk air tin kat gambar atas nih??? kalau korg rasa tergugat iman tu,jgn tgk da gmbr tu ye,tgk tulisan MB ni.. hehe*blh mengurangkan rasa dahaga..haha*. tdi MB baca some fakta2 kat tenet.. so ade satu topik ni berkaitan dgn minuman bergas.. korang nak tahu?? jom baca.!

(1) Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
(2) Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.
(3) Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.
(4) Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang.

so,korg kurang2 kan lah minuman bergas ye.. tuk kesihatan korang jgk.. =]
p/s : patutlah mak MB x suka anak2 dia minum air gas2 nih.. *baru tahu*

Wednesday 3 August 2011

5 video cute.!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni MB nak share ngan korg some videos yg lucu n comel. *lucu ke? comel ke?* mcm bese,video2 nih MB cari kat youtube.. hehe ..korang tgk la ye.. *kalau da tgk,sila tgk lagi*. :D

1. Anak Panda Bersin

comel part dia terkejut. 

2. diganggu tidur


3.kucing love boxing


4. kucing malas

*malas terokk*

5. Kucing mengendap





amacam? comel x diorg punye aksi?? cute kan.. hehe.. kalau korg nak tgk lagi,sila2 la search kat youtube.. 
terima kasih sebab menonton..! =]

Monday 1 August 2011

Fakta Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

comel kan..

korang tahu x fakta tidur?? jom baca.. =]

  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

Followers yg ke-100

Assalamualaikum dan salam sejahtera..!


followers MB yg ke-100 : http://mariebellenovy.blogspot.com/
Thanks ya.! jom usha blog dia..!

p/s : tggu yg ke 200 pulak.. ;)

Friday 29 July 2011

Suka dan tidak suka

assalamualaikum dan salam sejatera..

tdi MB check la poll nuffnang MB tu,tgk gender ape yg menjuarai blog MB nih,dan gender female telah menang.! haha. so,MB pun nak buat la artikel tentang boys. sebab gurl tertarik tentang boys kan... huahaha.! artikel ni tentang ape yg lelaki suke n x suke terhadap gurls..so,korg baca la k.. *kalau da penah baca pun,baca lagi* hehe..


Lelaki suka:
1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. ?Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

p/s : amcm? korg setuju x??

Wednesday 27 July 2011

Kelebihan Solat Tarawih

assalamualaikum dan salam sejahtera..

wah..! sume org semangat nak puasa kan.. minggu depan da start puasa,so ahad malam tu korg jgn lupe memenuhkan masjid yg berhampiran umah korg tuk solat tarawih.. nak g masjid yg jauh2 pun boleh.. *dapat pahala lebih*  korang nak tahu x kelebihan solat ?? jom baca.!! *ilmu*

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

p/s : bnykkan pahala dia?? so,mari la kita beramai-ramai megutip pahala itu..! :)

Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers