Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Tuesday, 16 February 2016

Review : Konda Kondi Cafe

Assalamualaikum

Harini MB terasa rajin nak update blog. hehe. mcm biasa MB akan review makanan. memandangkan MB suka makan.. hehehe.

So this time, i would like to review a hot popular cafe in ipoh which is Konda Kondi Cafe. (speaking ttbe). ramai artis dah singgah kafe ni..

 Chicken Grill (x ingat nama sebenar)

Review
Saiz ayam quite kecik. (personal opinion). tapi isi ayam mantop. black paper sos sedap.
bnyk side dish : hot dog, fries, sayur rebus, mash potato. semua sedap kecuali mash potato dia. rasa dia mcm kureng sikit. myb homemade. ( x sesedap KFC)
harga : RM 14+
4/5 bintang. :)


overall okey. suasana dia okey. dia ada fredo ice cream tau. MB x sempat nak try sbb perut dah kenyang. hehe. next time okey. harga berbaloi sebab bnyk side dish. 

Instagram : Konda Kondi Cafe
tempat : berhampiran dengan gerbang malam. dkt maybank pekan ipoh. bertentangan dgn SOS club. kalau korg cam restoran mee rebus ramli yang dlu ada kat pekan ipoh tu, kedai konda kondi ni sebelah kedai mee rebus ramli tu. *x tahu nak explain mcm mane dah*

Thanks for reading.. :) :)


Thursday, 11 February 2016

Review : Terracerustic cafe

Assalamualaikum..

Kali ni MB nak review cafe yang baru buka kat ipoh. baru x baru jugak la.. cafe ni terletak berhampiran dgn gerbang malam. so lokasi dia senang jugak la kita cari. so kalau korg nak g makan selepas/sebelum nk g jejlan kat gerbang malam tu, sesuai sgt lah. sbb serious x jauh. kalau jalan kaki tu, alah, 5min dah sampai.. gitew.

Grill Chicken Chop & Teh O ais.

Review 
harga : RM12+ (mknn) *tak ingat*
Sedap. Ayam dia Medium saiz. Blackpaper sos dia pun sedap jugak.
cuma Coleslaw dia kureng sikit, sbb dia mcm raw gitew.
 jagung tu kalau boleh letak mentega garam ke.. sbb plain rasa dia.
overall okey la, sedap. 
4/5 bintang. :)


Review
harga : RM8+(mknn)*tak ingat*
MB x ingat ape nama menu ni, sebab kawan MB yg order. hehe
MB penah rasa mknn ni, N sedap la. tidak pedas melampau. just nice gitew.
4.5/5 bintang. :)

Dkt cafe ni, mostly western food and ada juga nasi semua tu, harga dia murah la jugak.  x de lah mahal bebeno. kira affordable la. selain tu, cafe ni ada dessert, Coconut Ice Cream.


Instagram : Terracerustic Cafe
Waktu Operasi : 5pm-1am

Thanks for reading. :)

Tuesday, 18 August 2015

Review : BigFood Cafe

Assalamualaikum

Entri kali ni MB nak buat review tentang cafe yang famous jugak kat JB iaitu, BigFood. Cafe ni terletak dkt dgn Nong Chik. tgh2 JB. Kedai dia besar jgk lah sebab dua tingkat and corner lot. 




Ni suasana dalam cafe tu. Bersih, X padat, Mudah nak jalan sana sini. hehehe...

Menu yg MB order adalah SPEGETTI BOLOGNESE & ape tah satu lagi nama dia.. Lupa.. hehe..



Gambar Air x amik la plak. (sorry)

Review:

Untuk Spegetti Bolognese ni, pada saya, rasa dia kurang menarik sebab dia homemade sauce kalau x silap. So rasa dia x sesedap Prego. hihihi. Kuantiti plak, banyak.. Memang akan kenyang sekenyang nya lah, kalau x kenyang, g order lagi. :p

Untuk satu lagi menu tu, saya tak ingat nama dia ape, yang ni sedap. Puas hati lah senang ckp. dia punye ayam, mashed potato tu, sedap lah. tak reti nak explain panjang2. hehe.

Harga dia plak, Standard harga cafe, kalau x silap dia mahal ckit. sbb mknn dia bnyk kot. hehe..




Actress Nora Danish pun pernah datang makan kt sini.. So, korg cuba la try mknn diorg.. InsyaAllah sedap. :)


Info BigFood Cafe;

Alamat :  No 1, Jalan Kolam Air 1 Nong Chik Heights, 80200 Johor Bahru.
No Tel : 0177313386
Operation hours:3pm -12am. Monday Closed

Instagram : BIGFOOD


Tuesday, 30 June 2015

Review : Bits & Bites

Assalamualaikum

Memandang MB skrg tgh free (baru hbis degree..pheww) , maka MB available tuk update blog mengenai review cafe/restaurant yg MB penah pegi masa MB belajar dlu.. kali ni MB nak review cafe yg terletak di bandar baru uda, iaitu Bits N Bites. Lokasi cafe ni sederet dengan Al-Ikhsan.Senang je nak cari. hehe




ni keadaan dalam kedai. nice and bersih. (y).

banana ____ & Blue Ocean.

air dia sedap weh. especially yg blue Ocean tu.. memang teringat sampai balik kg lah. yang banana tu tak ingat nama penuh dia.. yang tu pun sedap jugak. kalau tanya antara dua ni, MB akan pilih Blue Ocean. (dappp uhhh).



Makanan plak MB pilih chicken chop and fish and chips. chicken chop tu pada MB mcm comman, tak ade ape yg lain same goes to fish n chips.



Nah. MB siap bagi kat korg menu dia.. so senang la korang nak tgk price dia.

yang paling MB suka ialah air Blue Ocean dia. penah datang sini kali kedua semata-mata nak minum air Blue Ocean tu je.. 

untuk maklumat lanjut, korg boleh pergi kat FB n Insta diorg.

Facebook : Bits n Bites
Instagram : Bits n Bites

sekian, terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Thursday, 21 May 2015

Review : Asap Asap Steamboat , Grill and BBQ

Assalamualaikum

Dua tiga minggu lepas, MB pergi cari jalan-jalan cari makan dgn kawan MB pas hbs kelas. Phm-phm je lah pas kelas, perut tu mcm mane kan. So, kteorg pun gerak pergi cari tempat baru tuk terjah. Kteorg pergi area Tmn Impian Emas. 

Pusing-pusing, jumpe lah kedai ni. Asap Asap Steamboat,Grill and BBQ.



 Kebetulan masa kteorg pergi tu ada promotion.


suasana dalam kedai dia, ok lah. selesa. tak ramai orang sebab kteorg pergi tu ptg. 


perkakasan yang digunakan pun bgus.



REVIEW

GOOD
  • perkakasan dia banyak, mcm pinggan,penyepit, sudu garfu sume tu banyak
  • bersih,selesa.
BAD

  • tak banyak pilihan. terutama feveret MB, daging blackpaper and chicken blackpaper tak de. kat situ dah buat MB terbantut selera sbb feveret MB x de. :(
  • pilihan minuman pun ckit, ade dalam 2-3 jenis je.
  • ais krim plak keras giler, x smooth. susah nak amik dgn scoop dia.
setakat itu sahaja review dr MB. Mungkin mase MB dtg tu, kebnykkan brg dia dah habis kot. (positive). hehe.


Harga ada tertera kat dalam gambar :)

Address: No.111 & 113, Jln Anggerik Emas, Tmn Anggerik Emas, 81300, Skudai,Johor.

Tuesday, 21 October 2014

Review : Momento Cafe

Assalamualaikum.

view momento cafe.

untuk sesape yang tak penah datang  momento cafe, momento cafe ni terletak di Setia Alam. sebelah Balai Polis Setia. untuk dekorasi cafe ni, cafe ni suasana dia menarik, boleh lepak-lepak, borak-borak dengan kawan-kawan. Oh, By the way, cafe ni ade surau tau. so kalau korang pas keje nk terus singgah makan, pastu takut terlepas waktu solat ke, dont worry, sebab cafe ni provide surau, cuma x pasti surau ni asing/ sekali kan lelaki perempuan. hehe. Selain itu, cafe ni ade sedia kan games tuk korang kalau korang bosan ke ape ke kan, ade chess, puzzle n mcm2 lagi.

Steak Pasta : RM22

The taste of Steak Pasta was delicious. Steak dia lembut, Black Papper Sauce yang secukup rasa. Pasta dia rasa dia mcm oglio oglio tu. Sedap. Just Nice.

Chicken Bolognese : RM10.90

Pasta yang lembut, serta kuah yang secukup rasa.

Pepperoni Piza : Rm10.90

Pizza ni sebenarnya kecil sahaja, and dia thin crust. Kalau nak mkn sorang pun boleh, nak makan berdua pun boleh, kalau ramai-ramai, x galakkan order satu. Dia ada banyak topping, and MB telah memilih Papperoni, and the taste sedap.

Mango Ice Blended : Rm5.50
Strawberry Chocolate Ice Blended : Rm 6.50

Oreo Cheesecake : Rm8.60

Blueberry Cheesecake : Rm 8.60

Blueberry Cheesecake dia sedap, manakala Oreo plak sedap jugak, tp sedap lagi Secret Recipe punye.


Taste was good, the price pun good, dia punya surrounding pun nice. Senang cakap, sume Nice lah. So, jangan lupa singgah2 lepak sini okey.

Facebook : Momento Cafe
Alamat : Lot 39-G, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam,Shah Alam, Malaysia




Tuesday, 14 October 2014

Review : Kidz and Creme

Assalamualaikum,

baru-baru ni MB telah pun menerjah Kidz and Creme cafe/restaurant yang terletak di setia dagang. lokasi dia mudah untuk dicari sebab ia nya berhampiran dengan Setia City Mall dan mudah untuk parking your car. sebab kawasan tu still kosong and x de owner lagi. So korang boleh park kereta korang kat memane yang korang suka asalkan tak block jalan.

Untuk pengetahuan korang, cafe ni adalah milik pelakon terkenal iaitu Aaron Aziz. Hajatnya MB datang cafe ni aritu nak jumpe Aaron Aziz tp dia takde, kak Diyana pun x de. kecewa 5 saat.

okey.

keadaan dalam cafe  selesa, x sempit, and ade ruang tuk kids baking. So sesape yg ade anak kecil, bolehlah biarkan anak diorg main kat sana and parents leh mkn dengan nikmatnya.

back to review.

hari tu MB try cabonara and air peach ___ . * x ingat nama air.

 Cabonara and peach ___.

for the food n drinks, ia nya SEDAP. secukup rasa n boleh diterima tekak n portion dia bnyk (for me). price tuk makanan MB ni  :

Cabonara - RM19.90 
Peach drink - RM12.

kalau datang kidz n creme ni WAJIB try diorg punye dessert and dessert paling hot sekali ialah Nutella Cheesecake. So, MB pun try la dessert diorg.

Nutella Cheesecake.

And SEDAP GILER. kalau makan tu, rase dia mcm Fererro Rocher. memang sedap. Price? its only RM14.90.

So, overall dari segi tempat, makanan, sedap and selesa. 
.
.
CUMA
.
.
.
a bit pricy. 

so,kepada korang yang belum cuba, sila cuba sebab makanan dia SEDAP,n pejam mata kat diorg punye harga ok. ala, sekali sekala. hihi.
.
.
.
untuk pengetahuan korang, Kidz n Creme closed setiap MONDAY. n kekdg diorg ade buat event, so kalau korg nk tahu aktiviti diorg, do Follow their Instagram. sbb diorg akan inform through that okey. 
.
.
.
Instagram : @kidzandcreme
Facebook : Kidz & Creme
Address : No 5, Jalan Setia Dagang U13/AK, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Malaysia.





Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers