Wednesday 18 January 2012

6 rawatan kecantikkan yang merbahaya

mesti korang nak tahu ape 6 rawatan kecantikkan yang merbahaya??? jom2..


gambar hiasan oleh uncle gugle..

 Manicure and pedicure- Mungkin anda berasa sangat tenang ketika rawatan ini sedang dijalankan. Tetapi anda perlu pastikan bahawa salon yang anda pergi menjaga kebersihan peralatan yang mereka gunakan. Ini kerana, bahagian kuku terutamanya adalah merupakan bahagian yang mudah terkena jangkitan kuman atau bakteria. Sekiranya kebersihan peralatan tidak dititikberatkan, kemungkinan anda akan mengalami masalah kulit, cekam dan sebagainya adalah amat tinggi.


 Rawatan resdung- Sekiranya anda pernah melakukan rawatan resdung yang menggunakan segulung kertas dan dibakar pada bahagian atasnya, pastikan orang yang melakukan rawatan tersebut adalah orang yang berpengalaman. Sekiranya ia dilakukan oleh orang yang kurang mahir, dikhuatiri bara pada kertas yang dibakar tadi akan terjatuh pada kulit muka anda dan akan menyebabkannya melecur.


 Meluruskan rambut- Rawatan ini adalah merupakan salah satu rawatan paling popular yang ramai orang lakukan. Apabila rambut anda dibakar atau dipanaskan, ia sebenarnya hanya akan lebih merosakkan kesihatan rambut. Sekiranya anda tetap ingin rambut yang lurus, dinasihatkan untuk tidak melakukannya dengan kerap.


 Pembuangan atau penyedutan lemak- Rawatan ini biasanya dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah kegemukan. Sebelum melakukan rawatan ini, anda perlu terlebih dahulu mengetahui bahaya yang anda hadapi. Cara terbaik untuk mengatasi masalah kegemukan adalah dengan cara semulajadi seperti melakukan senaman dan bukannya dengan melakukan rawatan pembuangan atau penyedutan lemak.


 Botox- Suntikan botox adalah berfungsi untuk menegangkan kulit yang mengalami masalah kedutan. Ia merbahaya kerana akan memberikan kesan sampingan pada kulit muka yang akan lebih memburukkan lagi wajah seseorang yang memakainya. Kebiasannya, kulit muka seseorang yang melakukan rawatan ini akan kelihatan terlalu tegang dan akan membuatkan wajah mereka kelihatan lebih pelik berbanding semulajadi.


 Pembedahan plastik- Ini juga merupakan trend terbaru untuk masyarakat masa kini. Ramai yang terlalu obses untuk melakukan pembedahan plastik. Tetapi tahukah anda bahawa pembedahan plastik yang gagal adalah lebih banyak berbanding yang berjaya? Jangan terlalu mudah terpengaruh untuk melakukan rawatan seperti ini.


p/s : hati2 la ye.. =]


SUMBER

1 comment:

Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers