Wednesday, 20 July 2011

Fakta pelik tapi benar....

Assalamualaikum...

nak tahu fakta-fakta pelik tapi benar.. ? Jom baca kat bawah nih... =)

  • Masih ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Meletakkan Kenderaan Di Sini'
  • Kita mempunyai modem internet tercanggih dan termahal tetapi masih menunggu lama untuk melihat gambar di blog rakan sedikit demi sedikit
  • Iklan telekomunikasi yang gempak di televisyen tetapi di kawasan kita masih berlaku gangguan liputan
  • Had laju di lebuh raya ialah 110 km/j tetapi kenderaan yang mempunyai had laju melebihi 110 km/j masih dijual
  • Laluan motosikal disediakan tetapi masih ramai penunggang motosikal melalui lebuhraya utama
  • Kemalangan di jalan raya masih meningkat walaupun pelbagai kempen dilaksanakan oleh kerajaan
  • Masih ramai yang membuang sampah di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Membuang Sampah Di Sini'.
  • Masih berebut-rebut menaiki bas walaupun terpampang di pintu bas tersebut 'Sila Beratur'.
  • Masih ramai yang merokok di kawasan larangan merokok
  • Jualan rokok semakin laris walaupun harga rokok dinaikkan dan pelbagai kempen dilaksanakan
  • Lebih ramai orang memakai jersi pasukan kelab luar negara berbanding kelab-kelab tempatan
  • Lebih ramai orang mengenali pemain bola luar negara berbanding pemain tempatan
  • Perlu membayar 20 sen untuk masuk ke tandas awam yang sangat kotor


sumber : hazwan.com

BYE!

3 comments:

  1. haha....nice....
    mna dapat??? fakta sndri ke???
    LIKE THIS...

    ReplyDelete
  2. haha.. fakta dari hazwan.com..
    thanks..

    ReplyDelete

Usia Blog saya

Daisypath Anniversary tickers